Memang
senyum selalu menghiasi wajahku,
Memang
tawa menghiasi bibirku,
Tapi
pernahkah kamu tahu,
Bahawa
hatiku ini selalu menangis,
Dan
betapa kamu tidak mengetahuinya,
Kalau
dalam senyuman dan tawa ini,
Terlukis
penuh puisi dan nyanyian kesedihan dan rintihan hati,
Dan
kamu tidak sesekali akan mengerti kalau hatiku penuh dengan kesedihan
dalam rahsia.
Jangan
kamu cuba bertanyakan aku kerana aku sengaja menyembunyikan semuanya.
Kerana
aku tidak ingin kamu terjun dan tahu sama dalam kesedihan ini,
Dan
juga aku tidak ingin kamu turut berduka kerana aku.
Aku
tidak ingin kamu tahu juga siapa aku sebenarnya,
Itulah
sebabnya, aku memaksa diriku untuk terus senyum untuk kamu.
Walau
segalanya tersembunyi, tersepit tangisan yang pilu.
Aku tidak ingin kamu tahu juga siapa aku sebenarnya,
No comments:
Post a Comment