SETITIS
AIR MATA SUAMI.
Aku seorang suami....
Orang kata aku semakin gemuk sebab dh ada isteri.
Yang boleh jaga makan, minum & pakai.....
Hati selalu senang.
Tapi tak siapa tahu, hati aku mengangis & merintih.
Hanya Doa kepada Maha kaya yang mampu aku tujukan.
Setiap titisan air mata telah aku tumpahkan...kerana menyangka silapnya drp aku sndr.
Tangan ini aku torehkan. Kerana menyangka slpnya juga kerana aku.
Entah dia tahu atau tidak, parut hari ini masih ada. Mengingatkan kisah lama.
Aku hanya suami biasa.
Mengharapkan segelas air kosong daripada seorang isteri setibanya kepulanganku.
Yang menyambutnya dengan seikhlas senyuman.
Tapi apa daya aku, x kuat untuk mengukir senyuman diwajahnya.
Yang mengharapkan pakaianku dibasuh oleh si isteri.
Pakai ku disedia isteri.
Makanku diteman isteri.
Mandiku disiram isteri.
Tidurku berbantalkan dakapan kepada si isteri.
Tawaku dihibur isteri.
Tangisanku ditenangkan isteri.
Tapi adakah cukup apa yang telah aku berikan kepadanya.
Nafkahku hanya semampu aku berikan.
Dosanya aku pikulkan.
Pahala pula aku serahkan.
Ya Alllah, aku mohon kepadamu.
Berilah aku kekuatan.
Mengharungi kehidupan ini dengan sabar dan tabah.
Sesungguhnya, aku telah hilang kekuatan ini.
Untuk menghadapi dugaan ini.
No comments:
Post a Comment