Monday, 31 December 2012

UJIAN KEHAMILAN


Wanita
Step 1 = RM60 (ujian darah)
Step 2 & Step 3 = RM50 (Pap smear dan air kencing)
                            = RM10 (Consultancy)
Total = RM120

Lelaki
Step 1 = RM50 (Ujian sperma)

Selepas semua ujian di atas dikeluarkan dan akan menasihati anda mengikut keputusan tersebut. Sekiranya NORMAL, doktor akan suruh kita datang kembali pada hari pertama period pada bulan yang seterusnya. Inilah yang akak tunggu. 

Jangan pernah berputus asa dan jangan memperlihatkan kekecewaan kita kepada orang lain.

****************************************

Sesiapa nak cuba pergi ke klinik ini alamatnya :

Klinik Samuel & Samuel Specialist Maternity Centre & Specialist For Women 

No. 313 Jln Tun Razak 
50400 Kuala Lumpur 
Wilayah Persekutuan
Tel : 603-92843684 Faks: 603-92810395

Tuesday, 6 November 2012

puisi sang isteri

hari semakin senja.
malam meniti tiba.
tp aku masih di sini.
ditemani sang isteri tercinta.

dulu aku keliru,
adakah dia cinta luhmahfuz ku.
tp alhamdulillah,
dia masih disisi aku.

Alhamdullillah

Tuesday, 30 October 2012

LIFE...

FEATURE IS NOT WHAT WE PLANNED FOR TOMORROW.
IT IS THE RESULT OF WHAT WE DO TODAY.
DO THE BEST IN PRESENT & ENJOY THE FEATURE

Monday, 29 October 2012

Lelaki dan Ketidaksuburan


Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.
Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi

Bagaimana diagnosa dibuat?

Mereka yang didiagnosakan mengalami ‘male infertiliti’ doktor selalu akan membuat pertanyaan berhubung dengan sejarah perubatan yang mungkin ada kaitan ketidaksuburan ini.
Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuklah:
  • Ujian analisa air mani
  • Ujian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon
  • Kultur cecar dari penis untuk melihat sebarang unsure infeksi
Analisa air mani
Analisa air mani adalah satu ujian yang sangat mudah dan dibuat untuk memastikan keadaan sperma. Untuk membuat analisa ini, sampel yang baru, kurang dari setengah jam selepas ejakulasi akan diuji dan dianalisa di makmal. Mereka yang tidak selesa untuk membuat koleksi di klinik boleh memilih untuk menjalani koleksi tersebut dirumah, dengan syarat, rumah mereka dekat dengan klinik tersebut.
Untuk mempastikan yang sampel tersebut optimal untuk ujian yang tepat, pasangan perlu:
  • Menghindari dari seks selama 3-5 hari jangan kurang atau lebih dari itu.
  • Gunakan alat kontainer yang bersih
  • Jangan biarkan ia bocor atau melimpah
  • Jangan gunakan alat pelincir yang boleh membunuh sperma
  • Simpan pada suhu bilik
Kaedah dan analisa
Apabila sampel sampai ke makmal, ia akan di analisa untuk beberapa faktor:
  • Jumlah air mani: Jumlah Air mani yang normal adalah dalam lingkungan 2-6ml dan sekiranya ia tidak normal samada terlalu sedikit atau terlalu banyak, berkemungkinan ada masalah dengan kelenjar vesicle atau prostat. Terlalu sedikit akan menyebabkan sperma sukar untuk memasuki rahim, terlalu banyak pula akan menyebab ia menjadi cair dan mengurangkan kepekatan sperma.
  • Kelikatan: Ini merujuk kepada kebolehan Air Mani untuk kembali dalam bentuk cecair sebaik sahaja ovulasi. Sekiranya air mani tidak cair atau menjadi terlalu pekat, kemungkinan terdapat jangkitan kuman pada kelenjar vesicle dan prostat.
  • PH yang seimbang : Air Mani seharusnya mempunyai pH beralkali untuk memastikan sperma dilindungi semasa melalui ruang faraj yang berasid. Sekiranya Air mani didapati lebih berasid, kemungkinan kelenjar vesicle menghadapi masalah
  • Frukrose: ia adalah komponen penting Air mani kerana ia memberikan tenaga kepada sperma. Ketiadaan unsure ini menunjukkan yang terdapat sumbatan disepanjang salur peranakan lelaki.
Analisa sperma
Semasa pemeriksaan, sperma akan dianalisa tentang jumlah, pergerakkan, bentuk dan kehadiran klumping.
  • Bilangan sperma: Jumlah bilangan sperma yang ada dalam air mani sangat penting kerana sekiranya ia terlalu sedikit, akan member kesukaran untuk hamil. Seorang lelaki dikatakan mempunyai sperma yang sedikit sekiranya dia mempunyai jumlah bilangan sperma yang kurang dari 20 juta/ml. Sekiranya ia jatuh dibawah 10juta/ml dia dikatakan mempunyai sperma yang sangat kurang. Lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dikatakan mempunyai Azoospermia.
  • Pergerakan sperma : Ujian ini akan menilai berapa baik sperma anda berenang. Lebih kuat ia berenang lebih baik peluang untuk sperma sampai ke rahim dan ke salur fallopio. Sperma dinilai dengan mengunakan sistem 4 tahap:
    • Grade 4: sperma mempunayi pergerakkan yang progressif bermakna ia kuat dan bergerak pantas ke depan dengan lurus
    • Grade 3: Sperma bergerak ke depan tetapi berenang dalam keadaan benkang- bengkok.
    • Grade 2 : Sperma bergerak dengan lembab dan tidak progresif kerana hanya ekornya sahaja yang bergerak.
    • Grade 1 : Sperma tidak bergerak langsung.
Sperma yang bagus sepatutnya mempunyai kualiti grade 3 dan 4 Ideal sperm kerana cuma sperma yang aktif sahaja yang akan bersenyawa dengan telur.
  • Bentuk sperma: sperma yang bermutu bukan saja cergas malahan mempunyai bentuk yang normal. Secara ideal, kepala sperma yang normal berbentuk bujur dan bersambung dengan ekor yang panjang dan lurus. Sekirayan bentuk kepala tidak normal amat sukar untuk sperma bersenyawa dengan telur.
  • Clumping: sekiranya sperma melekat-lekat sesame sendiri agak sukar bagi mereka bergerak dengan baik.
  • Sel darah putih: kehadiran sel darah putih yang sedikit selalunya normal, tetapi jika terlalu banyak, ia mungkin menunjukkan tanda jangkitan kuman.

Rawatan

Bergantung kepada sebab sebenar ketidaksuburan pada lelaki, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh disarankan :
Rawatan dengan ubat
Setakat ini rawatan ubat tidak memberikan hasil yang memuaskan.
Intrauterine Insemination(IUI)
IUI adalah prosedur dimana air mani diproses untuk mendapatkan kepekatan sperma yang tinggi dan dimasukkan kedalam rahim melalui cerviks semasa ovulasi berlaku. Dalam masa yang sama, wanita diberikan ubat untuk member stimulasi kepada ovari supaya membuat telur lebih dari satu supaya peluang persenyawaan menjadi tinggi. Bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, kadar kejayaan adalah dalam lingkungan 7-8% berbanding dengan 2-3% tanpa rawatan langsung.
Intracytoplasmic Insemination(ICSI)
ICSI adalah satu prosedur tabung uji dimana satu sperma akan disuntik terus kedalam telur untuk mensenyawakannya. Ia sesuai kepada mereka yang mempunyai sperma yang sangat kurang. Bagi mereka yang tiada sperma langsung, doktor akan mengambil sedikit tisu dari testis untuk mendapatkan sperma. ICSI adalah sangat mahal dan mempunyai kadar kejayaan 15-20% sahaja.

Somebody That I Used To Know



Now and then I think of when we were together.
Like when you said you felt so happy you could die.
Told myself that you were you were right for me.
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember.

You can get addicted to a certain kind of sadness
like resignation to the end...Always be end.
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends.
But I'll admit that I was glad that it was over.

But you didn't have to cut me off.
Make out like it never happened. And that we were nothing.
And I don't even need your love.
But you treat me like a stranger.
And that feels so rough.
You didn't have to stoop so low.
Have your friends collect your records.
And the change your number.

I guess that I don't need that though.
Now you're just somebody that I used to know.
Now you're just somebody that I used to know.
Now you're just somebody that I used to know.

Now and then I think of all the times you screwed me over.
But had me believing it was always something that I'd done.
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say.
You said that you could let it go.
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...
But you didn't have to cut me off.
Make out like it never happened.
And that we were nothing.
And I don't even need your love.

But you treat me like a stranger. And that feels so rough.
You didn't have to stoop so low.
Have your friends collect your records.
And the change your number.
I guess that I don't need that though.
Now you're just somebody that I used to know.
Somebody...That I used to know.
Somebody...That I used to know.
Somebody...That I used to know.
Now you're just somebody that I used to know.

SETITIS AIR MATA SUAMI


SETITIS AIR MATA SUAMI.

Aku seorang suami....
Orang kata aku semakin gemuk sebab dh ada isteri.
Yang boleh jaga makan, minum & pakai.....
Hati selalu senang.
Tapi tak siapa tahu, hati aku mengangis & merintih.
Hanya Doa kepada Maha kaya yang mampu aku tujukan.
Setiap titisan air mata telah aku tumpahkan...kerana menyangka silapnya drp aku sndr.
Tangan ini aku torehkan. Kerana menyangka slpnya juga kerana aku.
Entah dia tahu atau tidak, parut hari ini masih ada. Mengingatkan kisah lama.

Aku hanya suami biasa.
Mengharapkan segelas air kosong daripada seorang isteri setibanya kepulanganku.
Yang menyambutnya dengan seikhlas senyuman.
Tapi apa daya aku, x kuat untuk mengukir senyuman diwajahnya.

Yang mengharapkan pakaianku dibasuh oleh si isteri.
Pakai ku disedia isteri.
Makanku diteman isteri.
Mandiku disiram isteri.
Tidurku berbantalkan dakapan kepada si isteri.
Tawaku dihibur isteri.
Tangisanku ditenangkan isteri.

Tapi adakah cukup apa yang telah aku berikan kepadanya.
Nafkahku hanya semampu aku berikan.
Dosanya aku pikulkan.
Pahala pula aku serahkan.

Ya Alllah, aku mohon kepadamu.
Berilah aku kekuatan.
Mengharungi kehidupan ini dengan sabar dan tabah.
Sesungguhnya, aku telah hilang kekuatan ini.
Untuk menghadapi dugaan ini.













Friday, 14 September 2012

i_tear_my_heart


Life is short


Happiness is reachable, no matter how long it last.
We should stop making our lives complicated.
Life is short
Break the rules
Forgive quickly
Kiss passionately, Love truly
Laugh constantly
And never stop smiling
no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

Thursday, 13 September 2012

hati suami........

org kata.... lelaki ni ibarat pohon yang rendang untuk berteduh bagi isteri ..... pohon yang memberikan buah yang enak, manis dan mengenyangkan jika disiram dan dibajai dengan secukupnya......
kata orang salah suami bila suami cari perempuan lain..............................................
kata orang salah suami juga bila suami selalu marah marah......................................
kata orang salah suami bila suami selalu makan kat luar............................................
kata orang salah suami bila suami selalu berurut kat kedai urut hinggakan terpikat ngan awek kedai urut........
kata orang salah suami la ni juga bila duit tak cukup....
kata orang salah suami bila suami mengharapkan belaian org lain sedangkan da beristeri.....

tapi....
pernahkah isteri terfikir ... kenapalah suami aku cari pompuan lain?.......... tapi pernahkah fikir selama ini... adakah selama ini aku da beri layanan terbaik untuk suami aku tanpa mengharap balasan.......................................................
pernahkah isteri terfikir............. kenapalah suaami aku ni selalu marah marah ?.... tapi pernahkah terfikir... bila suami aku marah2..... pernahkah aku pujuk dan tenangkan dia.....
aku ada buat salah kat diakah?... dia ada masalah kat tempat keja ka? apa yg aku leh bantu dia?

pernahkah isteri terfikir......... kenapalah suami aku selalu makan kat luar?...... tapi pernahkah isteri terfikir..... suami aku balik... aku da masak yang terbaik untuk dia ke?.... bila dia duk lepak aku pernah ke buat air untuk dia ke kat umah......

pernahkah isteri terfikir............... kenapalah suami aku pergi kat kedai urut ?.... tapi pernahkah si isteri terfikir... selama kami kahwin bila ada waktu terluang pernahkah aku urut suami aku untuk releasekan tension dia.....pernahkah aku urut dia untuk legakan lenguh2 badan dia...

pernahkah isteri terfikir... kenapalah bualn2 je tak cukup duit ? tapi pernahkah si isteri terfikir gaji suami tak banyak nih... camana aku nak bantu dia....ni...

pernahkah isteri terfikir .............kenapalah suami aku cam rindukan belaian awek lain jer?... tapi pernahkah... isteri terfikir... bila di rumah... pernahkah aku belai suami aku dengan penuh kasih sayang tanpa dipinta dan selesakah dia dengan tutur kataku dan tingkah laku ku selama ini....

ha..... kalu ada pernah terfikir macamni ingat ingatlah hubungan dengan suami adalah amanah... hubungan dengan isteri adalah amanah..... jagalah amanah dengan sebaiknya.... bagi isteri jagalah suami dengan sebaiknya..... bila tak jaga tu yang kahwin sampai empat tu.... tapi kalau suami memang da gatal takleh kata apalah...hehehe.... hehehe..
just untuk renungan bersama.. thanks...

Monday, 30 July 2012

AKU DAN RAHSIA...

Memang senyum selalu menghiasi wajahku,
Memang tawa menghiasi bibirku,
Tapi pernahkah kamu tahu,
Bahawa hatiku ini selalu menangis,

Dan betapa kamu tidak mengetahuinya,
Kalau dalam senyuman dan tawa ini,
Terlukis penuh puisi dan nyanyian kesedihan dan rintihan hati,

Dan kamu tidak sesekali akan mengerti kalau hatiku penuh dengan kesedihan dalam rahsia.
Jangan kamu cuba bertanyakan aku kerana aku sengaja menyembunyikan semuanya.
Kerana aku tidak ingin kamu terjun dan tahu sama dalam kesedihan ini,
Dan juga aku tidak ingin kamu turut berduka kerana aku.


Aku tidak ingin kamu tahu juga siapa aku sebenarnya,
Itulah sebabnya, aku memaksa diriku untuk terus senyum untuk kamu.
Walau segalanya tersembunyi, tersepit tangisan yang pilu.

Tuesday, 19 June 2012

Kau & Aku

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

13 Perkara Tentang Lelaki

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

10. Lelaki dan Ego 
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Buat tunangku...


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.